Friday, October 14, 2011

DUHAI HATI..

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(2 : 216)
Allahlah yang menciptakan kita dan Dialah yang mengetahui setiap keperluan hamba-Nya dan Dia jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Usah lah kita terlalu merintih akan kesusahan yang di berikan kerana kesusahan itu akan mendekatkan diri kita dgn sang pencipta..

No comments:

Post a Comment