Friday, December 21, 2012

study week wei!!

Assalamualaikum...

Keletup keletap..dah nak habis sem 3..rasa masa tu berlalu dgn cepat sangat..sekarang tengah stdy week..baru start..huhuhuhu...aku dah sem 3??? mmg susah nak percaya..hakhakhak..
selalu aku kalau stdy week lepak kat library.tapi sebab kali ni kolej jauh dr kampus terpaksa lepak dalam bilik ja.dugaan besaq ni kalau lepak dalam bilik.katil keja memanggil..hahahha..
Sem ni subjek agak tough jugak la...ORGANIC CHEMISTRY>>ANALYTICAL CHEMISTRY>>OBJECT PROGRAMMING>>DAKWAH>>AKIDAH>>HISTORY OF SCIENCE AND PHILOSOPHY..4 first tu semua 3 jam kredit.aku runsingkan organic,op..akidah plak xtau apa perlu aku baca..

ada nampak tak ni budak kimia??hahahhaha


sekarang ni aku homesick la pulak..effect mood aku nak study..sebabnya ramai  kawan2 aku balik kampung..sadis sangat ni..huhuhuu...tapi bila pkir mak ayah kembali semangat balik..hehhehehe...tak tau nak cakap apa dah..ok lah.jom study..ada semangat baru hari ni.terima kasih pada "dia"..hehehehjom2 pakat stdy..fighting semua
Good luck semua yer...


p/s:in shaa Allah nnt kalau ada masa aku nak update doa2 yang aku tau sikit2 untuk kita yang bakal tempuhi exam final..hehehhehe


Monday, December 17, 2012

Famly Outing BSF1

Assalamualaikum..
 Tanggal 14.12.2012 kami budak2 kimia group 1 pegi memakar lemak dengan hiking ke broga dekat semenyih..seawal 5.30 pagi kami bertolak dengan 3 buah kereta..Then selepas berpenat lelah mendaki kami terus pergi cari air..hahahha..ke sungai tekala..best sangat2..pergi 3 buah kereta balik 6 buah kereta..hahahha..tetiba budak2 group 2 pegi ke sungai tekala..jumpa kat sana laa...hehhehe












Saturday, December 15, 2012

SUKIPT 2012

Assalamualaikum..

Sebenarnya SUKIPT 2012 ni dah lama berlalu..htah le tetiba rasa nak wat post tu kali ni..Sukipt ni berlangsung sepanjang cuti midsem aku.Burn dah la cuti aku.Balik cuti 3 hari ja termasuk raya Aidiladha..sedeyh sangat time tu..Tapi disebalik itu ada kegembiraan yang ternyata bahagia bila teringat balik.biasa la kan..masa-masa macam ni la kita akan rapat dengan teamate kita.best tak terkata!!! rasa indahnya ukhuwah tu..hehhehehe...masak bersama..main lawan hack FB kawan2..solat hajat,baca yassin bersam-sama tiap2 malam dan banyak lagilah..hahhahah.Banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang game ni..Yang pahit jadikan pedoman yang manis jadikan kenangan.hehehhe.....Awal2 peringkat group tu Alhamdulillah laaa..Allah permudahkan segalanya..Usim terpaksa tunduk pada UM pada perigkat ke-4.mmg tradisi dah..kalau jumpa UM tu mmg tempah tiket kalah..hahaha..tak pa..suatu hari nanti mana tahu kan bley mnang..hahahaha(adakah aku dalam mimpi?)

opening ceremony at uitm shah Alam..ehhehe

USIM terchenta
hanya yang tahu akan faham..hahahha
hari pertama perlawanan

jersi baru niii

p/s: susah senang bersama..hehehhehe


Wednesday, December 12, 2012

Kisah Hujan

Assalamalaikum..

Berjumpa lagi kita disini pada hari ini..Entry kali ni adalah hujan..Apa kaitannya??ha..saja ja tetiba teringat peristiwa dikala hujan...jom..sama2 kita mengimbau kembali kenangan itu..

Aku tak ingat dah bila..tapi tak begitu lama laaa...Time ni tengah cuti Hari Raya Aidilfitri..Waktu bulan ramadhan lepas(2012) aku buat kuih pelita letak dekat pasar ramadhan..cari duit poket cikit..hhehehe..
Benda ni jadi pada hari jumaat..Ada sowang ni ajak jumpa sebab nak ambik balik novel dia.ok la..aku on jeee...Dia pesan suroh bawak novel dia sekali..

Aku pon keluar umah dalam pukul 12..cuaca hari tu pon tak menentu..mendungg jee...aku g beraya umah kawan dulu..then lepas solat jumaat baru gerak nak pegi tmpt yang nk jumpa tu..Tapi yang spoiled nya tu..on the way aku kesana..dia bley pulak cakap cancel..Tak jadi!sakit sangat hat time tu..Pada hari yang sama kawan aku ada ajak hang-out dgn geng2 kitorang kat jitra.Aku tolak sebab ingat nak jumpa dia la..Dapat rasa tak betapa sakitnya hati aku time tu??Tapi sabar jela sebab tengah merempit juga..

Dah tu aku dengan kawan aku decide nak pegi pizza hut jela sebab masing2 dah mengidam nak makan pizza..Yang paling sadis nya..Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi..lebat!dah la tak bawak baju hujan..Redah jela..BAsah lencun jugak la..Novel bdk tu kawan aku yang tolong peluk..tak nak bagi basah kena hujan..punya la nak menjaga kannn...Sampai ja pizza hut kami berhenti makan dlm 30 minit..Jam dah pukul 6.30 ptg dah..Time tu masih lagi hujan..sederhana lebat dah la..Moto aku pulak buat halll..tak boleh start...Aku gabra sangat time tu sebab dah lewat petang kan..hujan pulak tu..mana nak cari bangkel dah..nak pergi bangkel pulak jauh..Menangis juga la kat situ..hahahhaha..+ sakit hati sama tu..Tapi nasib baik ag la ada pakcik ni baik hati sangat tolong tolakkan moto aku pegi bangkel..Bersyukur sangat time tu..Tak tau nak habaq macam mna..

Malam tu confem la aku berselimut..Tapi tu la..sedih jugak la dengan peristiwa tu..hehhehe

Ni haa novel tu..Aku siap beli ganti ag takot tuan dia marah sebab terkena sikit air hujan dekat novel ni..tapi tu la..semua perancangan Allah..Sekarang novel ni ada 2 buah dekat aku :)


p/s:kepada tuan novel..hasrat dihati ni nak sangat pulangkan balik novel ni..walaupon dah tak mau jumpa paling tak pon   bagi alamat.biaq aku pos...Tiap kali aku tengok novel ni aku teringat dekat hang..sorry yerr



Tuesday, December 11, 2012

Teman Aku

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba datang semangat nak menulis pulak..Ok lah.Tanpa sahabat siapalah kita kan? Mereka ni kan adalah orang yang terapat dengan kita..Jadi hargailah mereka seadanya..Macam yang kita selalu dengar laa kan.."Persahabatn yang akrab lillahi Ta'ala hanya dapat dipisahkan dengan kematian" ..Aku juga bermohon supaya persahabatan aku dengan sahabat2 aku tiada penghujungnya..hehe

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari pada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah bila kali terakhir  kamu berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping kamu??. Siapa yang mengasihi kamu saat kamu  kesulitan..


Friends are flower in the garden of life.They help you through time of trouble and strife..Semakin perjalanan hidup ini dijelajahi,semakin aku merasai kalian semua semakin utuh dihati..Mereka ni lah yang tidak pernah jemu mendengar keluh-kesah aku,cerita-cerita merepek aku..dan sentiasa menjadi pendengar yang setia dan pendorong semangat kala aku lemah dan jatuh..hehhehehe..Tiada ucapan yang dapat aku berikan tiada gambaran yang dapat aku berikan untuk menerangkan betapa aku amat menyayangi dan menghargai kalian dalam hidup aku..hehehhehe

ok lah.setakat ini dulu..heheh
wasalam