Wednesday, October 3, 2012





DOA RASULULLAH ( DISUSUN OLEH: AL-IMAM AL-SYAHID HASAN AL-BANNA )

DOA RABITAH

اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك,والتقت على طاعتك , وتوحدت على دعوتك , وتعاهدت على نصرة شريعتك , فوثق اللهم رابطتها , وأدم ودَها , وهدها سبلها, واملأها بنورك اللذي لا يحبو , واشرح صدورها بفيض الإيمان بك , و جميل التوكل عليك , وأحيها بمعرفتك , وأمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير , وصل اللهم على سيدنا محمد , وعلى آله وصحبه وسلم , وصلى الله على سيدنا محمد , وعلى آله وصحبه , وسلم تسليما كثيرا.

MAKSUDNYA:

‘’ Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..(bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan)

·         Berkumpul kerana mengasihi-Mu
·         Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
·         Bersatu memikul beban dakwah-Mu
·         Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
·         Maka eratkanlah ikatanya
·         Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
·         Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam
·         Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
·         Dan keyakinan serta keindahan tawakal kepada-Mu
·         Suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan-Mu yang hakiki
·         Jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu

’Engkaulah sebaik-baik saudara dan penolong.’’

‘’ restuilah Nabi kami,Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda 
seluruhnya.’’
’Ya Allah, restuilah perjuangan kami Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga Baginda,para sahabat Baginda semuanya.Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.’’
Ingin aku kirimkan doa ini sebagai hadiah buatmu teman.semoga dengan kehadiran doa ini mencetuskan kerinduan untukku sebagai sahabatmu.aku ingin kau sebagai sahabat memimpin aku menjadi insan yang berguna sebagai hamba-Nya.Untuk kebaikan dirimu dan juga diriku.  

No comments:

Post a Comment