Wednesday, November 2, 2011

SAJAK AMINAH QUTB BUAT BAKAL SUAMI

Sekiranya,
Kita cinta pada manusia,
tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..

Ya Allah,
Andai dia adalah jodohku yang ditetapkan olehmu kepada ku...
Maka,
Campakkanlah kedalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah kedalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu..

NAMUN...
Andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku...

No comments:

Post a Comment