Thursday, December 26, 2013

Senyum Itu Adalah Aku

Assalamualaikum w.b.t



Tiba satu detik Allah hilangkan matahari lalu disusuli langit gelap beserta guruh dan kilat.Hilang matahari hilang cahaya di muka bumi.Datangnya langit gelap beserta guruh dan kilat maka menangislah sang Bumi.Namun,itu hanya seketika.Tangisan sang Bumi diceriakan dengan kehadiran Pelangi yang mewarnai alam.

Begitu juga kehidupan..Allah datangkan musibah untuk kita merasa manisnya ketenangan.Ingat!!Disebalik sesuatu pasti terselit sesuatu.Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan diri.Ujian dari Allah petanda Allah rindu kan kita..HAMBA-NYA..

Selalu melihat aku tersenyum bukan bermakna hati aku sentiasa tenang.Senyuman aku kadan-kadang membawa resah yang menggunung.Aku senyum untuk insan sekeliling yang aku sayang.Aku senyum untuk mengurangkan beban di dada.Aku senyum sebagai terapi untuk diri yang tertekan.

Aku yakin dengan janji Allah.Disebalik sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..setiap kepahitan pasti ada manisnya =).

Tuesday, December 17, 2013

Hilang Jejak

Assalamualaikum...

Fuhhh sudah lama aku mengabaikan blog ni.Bukan sengaja..Sekarang umur dah makin meningkat nerja juga semakin bertambah.Hahaha..Tak dak kaitan di situ.Tapi yang lawaknya aku terlupa macam mana nak sign in blog ni.Sampai la suatu hari ada junior tolong bagitau.Rupa-rupanya aku guna cara yang salah.hahahaha..Malu la sat kat budak tu..

Banyak kisah dan cerita tersingkap selama beberapa bulan ini.Yang nyata kisah dan cerita ini melatih aku menjadi lebih dewasa. Ha..dah terasa diri semakin ke arah kewanitaan.Macam poyo ja dengaq.Biaq la..Setakat ni dulu sebagai pemanas enjin.Nanti aku update lagi.Nak kena pulon buat case study dulu.

Jumpa lagi nanti =)

Salam

Friday, March 22, 2013

Pray For Lahad Datu

Assalamualaikum..

Entry untuk masa ni! Bagaimanakah keadaan sahabat2 dan saudara kita disana?? Semoga terus tabah dan kuat untuk menghadapi musibah ini. Kami di semenanjung sentiasa doakan kalian semua. Kepada prajurit kita yang telah gugur,al-Fatihah buat mereka.Jasa mereka terlalu besar.Pengorbanan mereka tiada tolak bandingnya.Buat ahli keluarga mereka, takziah dan sabarlah menghadapi dugaan ini.







p/s: abang saya disana sekarang.tolong doakan keselamatan dia dan prajurit2 tanah air yang lain.Harapnya semoga krisis ini cepat berakhir.

Talk Dr. MAZA

Assalamualaikum..

Sekarang ni dah tahun 2.So Banyak program student ichem tech tahun 2 yang kena handle.Yang dah selamat salah satu nya Talk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.Walaupon bukan ajk untuk talk ni, tapi aku ambik tahu jugak la sebab kawan2 aku yang handle kan..Alhamdulillah!! Sambutan sangat memberansangkan.Penuh DKP 3 sampaikan ada yang duduk atas stage dan ada yang setia berdiri dari awal sampai habis talk.
Kalau tengok perrrgghhhhh!!! terkagum dengan student USIM ni. Anyway, kawan2 tahniah kerana berjaya melaksanakan program ilmiah ini.heheehhe.....




Anjuran pelajar tahun 2 Teknologo Kimia Industri dengan kerjasama MPP USIM





p/s: jangan ingat budak usim suka dengar talk pasal Kahwin2 ja.Ni ha buktinya..Student usim memang cintakan majlis ilmu.hehheheh =)




Family Day I CHEM TECH


 Assalamualaikum..




Heeeeeeeeeeee lama sungguh aku tak ke sini.Hai, berjumpa lagi kita di sini. Aku tak nak cakap banyak..just nak letak Gambar je..ni haa kitorang ada buat family day dekat Kompleks Falak Al Khawarizmi,Melaka pada 9 dan 10 mac lepas..Enjoy kot sebab ada pantai..hihihihihi..=)

Ni salah satu tugasan dalam explorace.Cari tembikai dalam air laut.memang lencun la orang..hahhahaha..

Riang ria di pagi hari..Sungguh rindukaN suasana time ni

Aktiviti sukaneka: Tarik tali.Deabak!!best gila walaupon penat.                         

aha...tengok tu muka2 excited  bila jumpa air.Ni sekali dengan akak2 senior.muka tepung!
I CHEM TECH second year

p/s:semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan selamanya. =)

Tuesday, February 19, 2013

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Mulakan setiap usaha dengan Basmallah..

DOA PENERANG HATI

اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحمارحمين

"Ya Allah bukakanlah hikmah-Mu dan turunkanlah rahmat dari khazanah-Mu kepada kami, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "

DOA APABILA TERLUPA

سبحان من لا ينام ولا يسهو اللهم ذكَرنى مانسيت

" Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa"

*Selawat keatas Nabi s.a.w dan baca doa ini apabila terlupa.

DOA MINTA TAMBAH ILMU

اللهم انفعنى بما علَمتنى و علِمنى ما ينفعنى وارزقني علما ينفعني وزدنى علما

"Ya Allah jadikanlah daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepadaku.Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan."

p/s : Selamat beramal =)

Wednesday, January 9, 2013

oh IBU

Assalamualaikum..kembali menjengah kesini..Jiwa aku kacau..petang ni exam organic.apa patot aku buat?ni la salah satu tempat aku mengadu..huhuhu

Terpikir.."aku sangat banyak menyusahkan orang"..aku pon tak mau kerja susahkan orang ni..tapi aku tak dapat nak sembunyikan masalah aku dari orang..mungkin aku diterima atas dasar simpati???sebenarnya..tak elok main taching2 ni..tambah2 dengan orang yang banyak membantu kita..TAPI.....aku juga ada hati :(

Terpikir.."kalau mak aku tak sakit mungkin aku tak perlu nak tempuhi semua ni kan?"
aish..tak baik!macam salahkan takdir..tapi aku harap sangat mak cepat sembuh..semakin lama kekuatan aku semakin rapuh meniti hari2 penuh cabaran..

Doaku untukmu ibu agar kau cepat sembuh seperti sediakala..half of my life sakit..life yang satu lagi ni pon sakit jugak..tapi tak siapa mengerti..aku akan cuba untuk tidak melibatkan orang lain dalam masalah aku..fighting!!

WASSALAM